- Lain-lain
AS, Korea Selatan Dikutuk Tempatkan Senjata Nuklear di Semenanjung
Agensi Berita Pusat Korea Isnin mengutuk kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan tentang perbuatan mereka menempatkan aset nuklear strategik tidak melanggar budaya Semenanjung Korea bebas dari nuklear.
Padahal, penempatan terbabit telah menjadi unsur buruk yang menyebabkan ketegangan setempat meruncing.
'Kesahihan' penempatan tersebut diuar-uarkan dengan tujuan untuk mengelakkan diri dari memikul tanggungjawab sebagai pelaku jenayah nuklear yang menjadikan Semenanjung terperangkap dalam krisis nuklear menerusi membentuk blok ketenteraan yang agresif dan eksklusif. Percambahan nuklear yang dilakukannya boleh membawa ancaman terhadap kehidupan umat manusia, dan juga menjejaskan sistem kawalan senjata nuklear antarabangsa secara sistematik. Sementara itu, AS dan Korea Selatan bersekongkol mencari 'kesahihan' untuk tindakan menempatkan kapal selam nuklear pada masa yang ditetapkan supaya dapat membuka jalan kepada penngimportan lebih banyak aset strategik pada masa depan.
Untuk rekod, dalam pertemuan di White House baru-baru ini, Joe Biden dan Yoon Seok-Youl bersetuju untuk menaiktaraf pembekalan "ancaman lanjutan" kepada Korea Selatan, di samping mempertingkat tahap mesyuarat tentang krisis nuklear, menambah latihan ketenteraan, dan membentuk mekanisme "regu rundingan nuklear" kedua-dua negara, serta mengintensifkan gerak kerja aset strategik AS di sekitar Semenanjung.