- Lain-lain
Dilpomasi Korea Selatan Dicela 'Tertinggal pada Masa Perang Dingin'
(CRI)Rabu 03 Mei 2023
Diplomasi kerajaan Korea Selatan "masih tertinggal pada masa Perang Dingin".
Celaan demikian dilontarkan Parti Minjoo, iaitu parti pembangkang terbesar di Korea Selatan semalam, susulan lawatan presiden negaranya ke Amerika Syarikat yang telah menimbulkan kritikan meluas dari dalam dan luar negeri baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan parti tersebut semalam, lawatan terbabit hanya menyia-nyiakan hasrat rakyat negaranya yang mahu melihat suatu pencapaian yang benar-benar. Di mata mereka, "diplomasi bermodelkan ideologi" yang ditekankan kerajaan akan menyebabkan ruang diplomatik negaranya terbatas dan kepentingan negaranya terjejas.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang