- Lain-lain
China Umumkan Laporan Siasatan Serangan Siber CIA
Laporan siasatan yang diumumkan bersama oleh Pusat Respons Kecemasan Virus Komputer China (CVERC) dan Qihoo 360 Technology Co. Ltd. hari ini mendedahkan serangan siber tajaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) kepada negara lain, sekaligus menyediakan rujukan dan saranan kepada mangsa serangan siber dalam senario global.
Pada tahun 2020, Qihoo pernah menemui sebuah kumpulan siber yang melancarkan serangan kepada China dan negara lain dengan menggunakan alat siber yang berkaitan dengan CIA. Serangan yang dimulakan seawal tahun 2011 itu berlarutan hingga kini. Sasaran yang digodam melibatkan infrastruktur maklumat penting, penerbangan angkasa lepas, institusi pengajian sains dan teknologi, petroleum dan petrokimia, syarikat internet besar dan agensi kerajaan.
Dimaklumkan, sejumlah besar program trojan dan komponen plug-in telah diambil dari mangsa melalui jaringan maklumatnya. Alat penggodam siber terbabit dikesan terkawal oleh perisian yang profesional mengikut standard dan prosedur ketat, yang hanya dipatuhi oleh CIA sahaja pada masa ini.