• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    China Pemacu Utama Pertumbuhan Ekonomi Asia Pasifik: IMF

    (CRI)Khamis 04 Mei 2023

    Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan tinjauan ekonomi rantau Asia Pasifik mutakhir ini meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di rantau berkenaan akan mencapai 4.6 peratus pada 2023 berbanding 3.8 peratus pada 2022.

    Antaranya, ekonomi China dijangka menyaksikan peningkatan sebanyak 5.2 peratus, sekali gus menjadi pemacu utama pertumbuhan di rantau Asia-Pasifik.

    Laporan itu menegaskan bahawa walaupun ekonomi dunia penuh dengan cabaran, ekonomi rantau Asia-Pasifik masih penuh dengan kedinamikan, terutamanya disebabkan oleh pemulihan pesat ekonomi China dan daya tahan pertumbuhan ekonomi India.

    Untuk rekod, rantau Asia-Pasifik dijangka akan menyumbang sebanyak 70 peratus pertumbuhan ekonomi global pada tahun ini.

    Menurut laporan itu, walaupun ekonomi China menghadapi unsur negatif seperti kemerosotan permintaan pasaran antarabangsa dan dasar monetari yang semakin ketat oleh beberapa entiti ekonomi utama, namun permintaan domestik China yang kekal rancak memberikan momentum baharu terhadap pertumbuhan ekonomi di China.

    Laporan itu meramalkan bahawa entiti ekonomi maju di rantau Asia Pasifik akan berkembang sebanyak 1.6 peratus pada 2023, dengan ekonomi Australia, Jepun dan Korea Selatan akan berkembang masing-masing sebanyak 1.6 peratus, 1.3 peratus dan 1.5 peratus.

    Pada masa sama, pasaran baharu muncul dan entiti ekonomi membangun pula dijangka akan berkembang sebanyak 5.3 peratus, antaranya India, Indonesia, Malaysia dan Thailand masing-masing akan meningkat sebanyak 5.9 peratus, 5 peratus, 4.5 peratus dan 3.4 peratus.

    IMF dalam laporan itu turut memberi amaran bahawa pertumbuhan ekonomi global mungkin menjadi perlahan disebabkan faktor seperti kenaikan kadar faedah oleh negara Barat dan krisis di Ukraine yang memberi tekanan kepada aktiviti ekonomi.

    Di samping itu, kadar inflasi yang melambung tinggi di beberapa negara, dan krisis perbankan di Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah juga membawa banyak ketidaktentuan kepada prospek ekonomi.

    Menurut ramalan terbaharu yang dikeluarkan oleh IMF pada April lalu, ekonomi global akan berkembang sebanyak 2.8 peratus pada 2023, dan sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi global akan merekodkan sebanyak 34.9 peratus.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>