• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    China Lulus Undang-Undang Lindung Ekosistem Dataran Qinghai-Tibet

    Badan perundangan tertinggi China pada hari Rabu lalu menerima pakai undang-undang untuk melindungi ekosistem Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang dikenali sebagai "bumbung dunia".

    Undang-undang mengenai pemuliharaan ekologi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet ini diluluskan oleh badan perundangan tertinggi China, semasa sesi jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan akan berkuat kuasa pada 1 September.

    Undang-undang ini merupakan tambahan baharu kepada peruntukan membabitkan wilayah khas, berikutan penggubalan Undang-Undang Perlindungan Sungai Yangtze, Undang-Undang Perlindungan Sungai Kuning dan Undang-Undang Perlindungan Tanah Hitam.

    Seekor harimau bintang salji yang digambarkan di ngarai di provinsi Qinghai, barat laut China pada 21 Februari 2023. (foto: Fei Maohua/Xinhua)

    Seekor harimau bintang salji yang digambarkan di ngarai di provinsi Qinghai, barat laut China pada 21 Februari 2023. (foto: Fei Maohua/Xinhua)

    "Dataran Tinggi Qinghai-Tibet merupakan perisai penting untuk keselamatan ekologi China. Oleh itu, undang-undang baharu ini besar maknanya," kata Yuan Jie, ketua bahagian undang-undang pentadbiran Suruhanjaya Hal Ehwal Undang-Undang di bawah Jawatankuasa Tetap NPC.

    Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, dengan keluasan sekitar 2.58 juta kilometer persegi, merangkumi enam provinsi di barat China. Tempat tersebut merupakan punca beberapa sungai utama di Asia seperti Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Mekong yang bersama-sama menyuburkan kehidupan sekitar 3 bilion orang.

    "Walaupun memiliki salah satu persekitaran ekologi terbaik di dunia, ekosistem semula jadi di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet sememangnya rapuh dan sensitif," kata Shui Yanping, timbalan pengarah Jabatan Ekologi dan Alam Sekitar Wilayah Autonomi Tibet. "Sekali rosak, sukar untuk dibaiki."

    Sekarang dataran tinggi tersebut menghadapi pelbagai cabaran ekologi termasuk penyusutan glasier, pencairan permafrost, dan kesan pemanasan global, kata Shui.

    Foto udara yang diambil pada 21 Julai 2022 ini menunjukkan glasier dan tasik di kawasan punca Sungai Yangtze di provinsi Qinghai, barat laut China. (foto: Zhang Long/Xinhua)

    Foto udara yang diambil pada 21 Julai 2022 ini menunjukkan glasier dan tasik di kawasan punca Sungai Yangtze di provinsi Qinghai, barat laut China. (foto: Zhang Long/Xinhua)

    Menurut penggubal undang-undang, perkembangan ini akan membantu mengukuhkan reka bentuk keseluruhan sistem perlindungan ekologi untuk Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

    Undang-undang berkenaan menggariskan susun atur keselamatan ekologi dataran tinggi tersebut, menetapkan langkah perlindungan dan pemulihan, selain kawalan risiko, pencegahan dan penyeliaan.

    Hadkan aktiviti manusia

    Perlindungan ialah asas undang-undang baharu ini, yang menekankan prinsip menghormati, mematuhi dan melindungi alam semula jadi.

    "Tidak ada penyelesaian segera untuk menghalang perubahan ekologi seperti pencairan glasier di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet. Walau bagaimanapun, apa yang boleh dilakukan ialah mengawal aktiviti manusia dalam had maksimum ekologi. Ini cara terbaik untuk melindunginya," ujar seorang tokoh yang terlibat dalam penggubalan undang-undang ini.

    Undang-undang baharu melarang aktiviti pengeluaran dan pembinaan yang akan menyebabkan hakisan tanah di kawasan yang telah mengalami masalah ini atau yang ekologinya rapuh.

    Ia juga mengharamkan aktiviti perlombongan pasir yang gagal memenuhi standard pemuliharaan rizab semula jadi untuk sumber sungai dan mengenakan peraturan ketat terhadap pembinaan stesen jana kuasa hidro di dataran tinggi tersebut.

    Turut ditetapkan bahawa rizab semula jadi harus dibina untuk melindungi haiwan dan tumbuhan liar yang jarang ditemui, terancam atau endemik supaya keaslian dan integriti ekosistem dapat dikekalkan.

    Seekor yak liar yang digambarkan di Hoh Xil, provinsi Qinghai di barat laut China pada 21 Januari 2022. (foto: Wang Bo/Xinhua)

    Seekor yak liar yang digambarkan di Hoh Xil, provinsi Qinghai di barat laut China pada 21 Januari 2022. (foto: Wang Bo/Xinhua)

    Undang-undang ini juga menggariskan tindakan bagi menangani kelakuan pelancong yang tidak sesuai. Denda akan dikenakan ke atas individu yang membuang sampah merata-rata, dan mereka yang didapati melakukan kesalahan berat akan didenda antara 500 hingga 10,000 yuan (kira-kira 322 hingga 6,441 ringgit)

    Kemajuan dalam perundangan

    Sepanjang 10 tahun yang lalu, China telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam perundangan mengenai perlindungan ekologi dan alam sekitar, membolehkan sebuah sistem perlindungan yang komprehensif, pragmatik dan ketat dibentuk.

    Renjer meronda di sekitar sunggai Yoigilangleb Qu di provinsi Qinghai, barat laut China, 21 April 2022. (foto: Zhang Long/Xinhua)

    Renjer meronda di sekitar sunggai Yoigilangleb Qu di provinsi Qinghai, barat laut China, 21 April 2022. (foto: Zhang Long/Xinhua)

    Pada 2014, Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar disemak, dan sejak itu dipanggil sebagai undung-undang seumpama yang "paling ketat" dalam sejarah. Pada 2018, "kemajuan perlindungan ekologi" dimaktubkan ke dalam Perlembagaan.

    Hari ini, China mempunyai lebih 30 undang-undang, lebih 100 peraturan pentadbiran dan lebih 1,000 peraturan tempatan yang meletakkan pelbagai sumber semula jadi di bawah perlindungan, termasuk gunung, kawasan perairan, hutan, ladang, tasik, padang rumput, padang pasir, glasier dan gunung salji.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>