- Lain-lain
NIA Umumkan Langkah Baharu Mudahkan Perjalanan Rentas Sempadan
(CRI)Khamis 11 Mei 2023
Pentadbiran Imigresen Nasional (NIA) hari ini mengumumkan empat langkah untuk menambah baik dasar keluar masuk sempadan bermula 15 Mei, bagi memudahkan perjalanan sentas sempadan.
Menurut peraturan baharu, pelancongan berkumpulan bagi penduduk Tanah Besar ke Hong Kong dan Macau akan disambung semula.
Penduduk Tanah Besar boleh memohon permit untuk mengunjungi sanak saudara, bekerja dan belajar di Hong Kong dan Macau, di mana-mana pusat pentadbiran keluar masuk.
Tempoh kesahan tinggal bagi pelajar dari Tanah Besar di Macau akan diubahsuai, sehingga sama dengan tempoh pembelajaran.
Pada masa sama, laluan pantas juga akan dibuka semula di tempat keluar masuk seluruh negara.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang