- Lain-lain
Era Baharu Kerjasama China-Asia Tengah Bermula
Presiden China Xi Jinping dan rakan jawatnya dari lima negara Asia Tengah akan mengadakan sidang kemuncak di Xi’an, provinsi Shaanxi pada 18 hingga 19 Mei untuk bertukar-tukar pendapat mengenai pembinaan mekanisme China-Asia Tengah dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Dalam telesidang ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China dengan lima negara Asia Tengah di Beijing pada bulan Januari tahun 2022, Presiden Xi menilai tinggi hubungan China dengan negara Asia Tengah dengan menggunakan perkataan “saling mempercayai berdasarkan keikhlasan tinggi, saling menguntungkan berdasarkan sama rata”.
Ketika melawat Kazakhstan pada September tahun 2013, Xi pernah berkata, “Demi mengeratkan lagi hubungan ekonomi, mengintensifkan kerjasama dan meluaskan ruang pembangunan Eurasia, kami boleh memacu pembinaan bersama yang bermodelkan kerjasama inovatif dalam kerangka 'jalur ekonomi jalan sutera'. Rakyat pelbagai negara yang terlibat dipercayai akan memanfaatkan visi dan misi yang mulia ini.”
Cadangan ini mendapat sahutan yang aktif daripada lima negara Asia Tengah. Dalam rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), China dan lima negara Asia Tengah giat menjalankan kerjasama dalam bidang sumber tenaga, infrastruktur, pengangkutan, industri pembuatan, pertanian, kawangan dan perdagangan, sains dan teknologi dan kebudayaan.
Mendepani pelbagai cabaran dan krisis di dunia ketika ini, Xi dalam telesidang tahun lalu untuk menyambut ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik China dengan lima negara Asia Tengah pernah menyatakan bahawa kedua-dua pihak perlu memperhebat usaha memelihara kedamaian.
Ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Turkmenistan, Serdar Berdimuhamedov di Beijing pada Januari lalu, Xi juga pernah menyatakan bahawa mekanisme kerjasama “China + Lima Negara Asia Tengah” merupakan satu mekanisme kerjasama yang baharu, yang terbuka, telus, saling menguntungkan, menang-menang, substantif dan berguna. Seiring dengan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah akan diadakan tidak lama lagi, mekanisme ini akan ditingkatkan ke satu tahap baharu, sekali gus menyaksikan bermulanya satu era baharu dalam kerjasama kedua-dua pihak.
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- BRI Rapatkan Kerjasama China, Negara Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Presiden Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan akan Lawat China
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat Diadakan Esok
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Asia Tengah yang lebih Erat: Xi