- Lain-lain
Jadi Duta Muhibah, Semarakkan Jalinan Baik China-Asia Tengah: Xi
Presiden Xi Jinping menggalakkan pelajar Asia Tengah memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan hubungan antara China dengan negara-negara Asia Tengah.
Harapan itu diluahkan beliau menerusi surat balas kepada pelajar dari rantau berkenaan yang menuntut di Universiti Petroleum China di Beijing.
Dalam surat itu, Xi berkata hubungan China-Asia Tengah terus diperkukuh, menyaksikan kerjasama segenap aspek diperkasa dan rakyat kedua-dua pihak dilimpahi kebaikan sepanjang tempoh pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sedekad lalu.
Presiden itu menegaskan, jalinan hubungan yang baik antara China dengan Asia Tengah perlu diwariskan dan disemarakkan oleh anak-anak muda yang bercita-cita tinggi.
Beliau menyatakan pelajar berkenaan merupakan saksi, penerima manfaat, pembina dan penyebar hubungan China-Asia Tengah.
Xi berharap agar mereka dapat berperanan sebagai duta muhibah dan penyedia wahana kolaborasi untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib yang lebih rapat antara China dengan Asia Tengah.
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- BRI Rapatkan Kerjasama China, Negara Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Presiden Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan akan Lawat China
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat Diadakan Esok
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Asia Tengah yang lebih Erat: Xi