- Lain-lain
Negara Asia Tengah Harap Tingkat Kerjasama Dagangan dengan China
Negara-negara Asia Tengah menanti-nantikan kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China terus dipertingkat sehingga membuahkan hasil lebih memberangsangkan.
Timbalan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Uzbekistan, Ulugbek Azamov berkata beliau berasa gembira atas penyambungan semula penerbangan China ke negara itu dan berharap dapat menarik kedatangan seramai 100,000 pelancong China.
Menteri Ekonomi Kyrgyzstan, Daniyar Amangeldiev menyatakan pembinaan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan sedang dalam perancangan.
“Projek itu berpotensi besar kerana ia membolehkan negara berkenaan memperoleh tenaga alternatif dan menemui pasaran alternatif.
"Atas sokongan China, negara-negara Asia Tengah sedang mencari laluan baharu untuk dihubungkan dengan laut,” kata beliau dalam satu temu bual menjelang Sidang Kemuncak China-Asia Tengah.
Timbalan Menteri Pelaburan dan Perdagangan Luar Uzbekistan, Khamidov Sarvar Ibrakhimovich pula berkata China selaku penggalak perdagangan dan pelabur utama di rantau Asia Tengah, sedang memainkan peranan sangat penting.
“Projek-projek yang dilaksanakan oleh China di Asia Tengah bermanfaat bagi mempererat kesalinghubungan negara-negara di rantau ini.
"Kerjasama kedua-dua pihak tidak dihadkan kepada infrastruktur, ia juga merangkumi bidang seperti pertanian, perubatan dan kesihatan, pendidikan dan lain-lain,” kata beliau.
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- BRI Rapatkan Kerjasama China, Negara Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Presiden Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan akan Lawat China
- Mesyuarat Menteri Luar China-Asia Tengah keempat Diadakan Esok
- Bina Komuniti Berkongsi Nasib China-Asia Tengah yang lebih Erat: Xi