- Lain-lain
China, Asia Tengah Bentuk Mekanisme Pertemuan Ketua Negara
Mekanisme pertemuan ketua negara antara China dengan Asia Tengah dibentuk secara rasmi semalam.
Perkara itu diumumkan Presiden China Xi Jinping semasa sesi berjumpa media bersama rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan selepas berakhirnya Sidang Kemuncak China-Asia Tengah di Xi'an, pagi semalam.
Menurut Xi, China dan negara Asia Tengah menghoskan sidang kemuncak secara bergilir setiap dua tahun, dan Kazakhstan menjadi tuan rumah edisi 2025.
Dilaporkan, pemimpin enam negara memeterai Deklarasi Xi'an dan meluluskan Senarai Hasil Sidang Kemuncak China-Asia Tengah, sekali gus merangka cetak biru pembangunan hubungan kedua-dua pihak untuk masa hadapan.
Xi menyatakan China dan Asia Tengah beriltizam membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat, di samping menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tahun ini genap sedekad usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dilancarkan.
Enam negara tersebut akan mengambil peluang ini sebagai titik permulaan baharu untuk mempercepat penyelarasan strategi pembangunan, menggalakkan liberalisasi aktiviti perdagangan, serta memperluas kerjasama dalam perindustrian dan pelaburan.
Usaha juga akan terus dipergiatkan untuk menggerakkan pembinaan koridor pengangkutan China-Asia Tengah, menyokong penjalinan perkongsian pembangunan tenaga, dan membentuk landskap baharu kerjasama yang saling melengkapi dan saling menguntungkan.
Selain program interaksi sosiobudaya dipergiat, kerjasama dalam bidang kesukanan, arkeologi, pelancongan, perubatan dan kesihatan turut akan diperkasakan.
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Cermin Kestabilan dan Kemakmuran Serantau
- Xi Gariskan Hala Tuju Kerjasama China-Asia Tengah
- Xi Rai Pemimpin Asia Tengah dalam Majlis Gilang-gemilang
- Xi dan Isteri Rai Pemimpin Asia Tengah
- Xi Galak Shaanxi Jadi Contoh Pacu Modenisasi Ala China
- Sidang ketujuh Dewan Perniagaan China-CEEC Berlangsung
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- Xi'an Bersiap Sambut Tetamu Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar