- Lain-lain
WHA Menolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan
Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-76 membuat keputusan pada Isnin, sekali lagi menolak untuk memasukkan usul "mengundang Taiwan menghadiri WHA sebagai pemerhati" dalam agendanya.
Sehubungan itu, jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa WHA pernah menolak usul seumpama itu untuk beberapa tahun berturut-turut. Ini membuktikan bahawa prinsip Satu China sebagai konsensus masyarakat antarabangsa yang kian kukuh mampu menyahut cabaran dalam apa jua bentuknya.
Kerajaan pusat China amat mementingkan kesihatan dan kesejahteraan saudara setanah air Taiwan. Berdasarkan prinsip Satu China, kerajaan negara Tembok Besar sudah menggubal peraturan khas berkaitan penglibatan Taiwan dalam urusan kesihatan sejagat. Selepas wabak COVID-19 tercetus, kerajaan pusat China pernah memaklumkan keadaan wabak kepada kawasan Taiwan sebanyak 500 kali lebih, menyetujui pakar Taiwan sebanyak 24 kumpulan yang melibatkan 26 orang untuk menyertai aktiviti teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun lalu.
Jurucakap itu menggesa Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan jangan bermain gimik “kemerdekaan Taiwan” beralasan urusan melibatkan pencegahan wabak COVID-19, dan mengingatinya 'tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri'. Serentak itu, China juga menggesa negara berkenaan menghentikan cubaannya yang bertujuan mempolitikkan isu kesihatan, menghentikan campur tangan terhadap urusan dalaman China dan plot yang cuba mengekang China melalui isu Taiwan.
- Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- PLA Pantau Kapal Milius Melalui Selat Taiwan
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu
- Rondaan Keselamatan PLA, Amaran Tegas kepada Kumpulan Pemisah "Kemerdekaan Taiwan"
- Tanah Besar Umum Sekatan ke atas Bi-khim Hsiao