- Lain-lain
China Gesa Pihak Berkonflik Sudan Berunding
China selaku rakan dan sahabat baik Sudan berharap dengan ikhlas agar dua pihak berkonflik berdasarkan pertimbangan terhadap kedamaian negara dan kesejahteraan rakyat mewujudkan gencatan senjata dengan secepat mungkin, dan memilih menangani perselisihan melalui rundingan.
Naib wakil tetep China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dai Bing dalam satu sesi perbahasan tentang isu Sudan anjuran Majlis Keselamatan PBB pada Isnin menyatakan bahawa China selama ini mengikuti perkembangan situasi antara dua pihak berkonflik di Sudan yang sudah mencapai gencatan senjata sementara buat beberapa kali serta menandatangani Perjanjian Gencatan Senjata Jangka Pendek dan Gerak Kerja Bantuan Kemanusiaan di Jeddah Arab Saudi pada 20 Mei lalu. Tugas yang paling mendesak buat masa sekarang adalah memastikan perjanjian itu dipatuhi serta keselamatan rakyat jelata dan kemudahan awam terjamin, manakala memudahkan pembekalan bantuan kemanusiaan. China berharap dua pihak berkonflik meneruskan rundingan agar mencapai perjanjian yang lebih konsisten tentang gencatan senjata dan gerak kerja politik supaya dapat membawa pembangunan negara Sudan kembali ke jalan tepat.
Dai menambah, China memuji dan menyokong pertubuhan serantau termasuk Liga Arab, Persatuan Afrika dan Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) serta negara berkenaan memainkan peranan utama dalam menggalakkan rundingan damai, serentak itu menyeru PBB dan rakan antarabangsa menyokong usaha pertubuhan-pertubuhan serantau yang boleh menyediakan masa dan ruang bagi usaha pengantara.
- Angkatan Tentera Sudan Umum Patuhi Perjanjian Gencatan Senjata
- Pertempuran di Sudan, 551 Terbunuh
- Rundingan Damai Sudan Peringkat Awal Diadakan di Jeddah
- Setiausaha Agung PBB Gesa Pelbagai Pihak Sudan Wujudkan Gencata Senjata
- China Seru Wujud Gencatan Senjata di Sudan
- WHO: Angka Kematian di Sudan Meningkat kepada 420
- Sekurang-kurangnya 330 Maut Konflik Bersenjata di Sudan
- Gencatan Senjata Selama 24 Jam di Sudan
- 185 Maut Konflik Bersenjata di Sudan
- 83 Maut Konflik Bersenjata di Sudan