- Lain-lain
ODI Bukan Kewangan China pada Empat Bulan 2023 Tingkat 26.6%
Pada Januari hingga April, pelaburan langsung di seberang laut (ODI) yang dilaksanakan China dalam bidang bukan kewangan meningkat 26.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menokok RMB289.29 bilion (RM187.07 bilion).
Menurut data statistik yang disiarkan Kementerian Perdagangan China semalam, pada tempoh yang sama, ODI bukan kewangan China di negara-negara terlibat dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) meningkat 9% dengan mencatat USD7.53 bilion (RM34.34 bilion), iaitu 17.8% keseluruhan negara ini dalam senario global.
Dimaklumkan lagi, jumlah urusniaga projek kontrak China yang terlaksana di seberang laut meningkat 10.6%, mencapai RMB287.99 bilion (RM186 bilion). Antaranya jumlah urusniaga projek kontrak China yang terlaksana di negara-negara BRI mencecah USD23.05 bilion (RM105.13), sedangkan terdapat kontrak baharu yang bernilai USD29.74 bilion (RM135.64) sudah ditandatangani, masing-masing merupakan 54.9% dan 50.2% keseluruhan negara ini dalam senario global.