• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Beijing Nekad Kembang Industri Hidrogen Dan Penyimpanan Tenaga Baharu

    Dengan tercapainya konsensus dalam transformasi perkembangan ke arah mesra alam dan karbon rendah, industri tenaga hidrogen telah masuk fasa perkembangan pesat. Sesuai sekali, kerana ia tenaga boleh baharu yang mudah diperoleh sumbernya, bersifat mesra alam dan karbon rendah serta luas aplikasinya.

    Tahun-tahun kebelakangan ini, China giat menggalakkan kemajuan industri tenaga hidrogen dengan melipatgandakan penyelidikan berkaitan teknologi teras, penggunaan efektif dalam pelbagai konteks, selain memastikan perkembangan industri yang kemas dan teratur.

    Sejak Ogos 2021, China menyenaraikan Shanghai, Beijing dan Guangdong sebagai bandar contoh dalam penggunaan kenderaan sel bahan api. Pelan Perkembangan Industri Tenaga Hidrogen Jangka Sederhana dan Jangka Panjang (2021-2035) yang dilancarkan pada Mac 2022 telah menggariskan tenaga hidrogen sebagai bahagian penting dalam sistem tenaga negara dan juga salah satu sektor penting dalam hala tuju perkembangan masa kelak.

    Pada 26 Mei, Forum Perkembangan Industri Hidrogen dan Penyimpanan Tenaga Baharu Zhongguancun diadakan di Beijing bersempena Forum Zhongguancun. Ahli Akademi Sains China, Xu Chunming berkata, tenaga hidrogen telah lama digunakan dalam industri petrokimia dan kimia arang. Yang perlu dibuat sekarang adalah menerokai fungsi hidrogen sebagai media penyimpanan tenaga atau sebagai pengantara dalam pengubahan bentuk tenaga yang mesra alam.

    Xu Xinchao, timbalan setiausaha agung kerajaan bandar Beijing, berkata, dalam beberapa tahun ini, Beijing mengamalkan konsep pembangunan baharu, menggalakkan transformasi tenaga bersih dan karbon rendah dengan bersungguh-sungguh. Penggunaan tenaga semakin cekap dan struktur penggunaan juga semakin dioptimumkan. Banyak kemajuan yang memberangsangkan telah dicapai dalam teknologi teras bateri ion litium, pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan hidrogen serta komponen utama sel bahan api, membawa momentum baharu kepada transformasi tenaga serta perkembangan berkualiti dan hijau di Beijing. Turut dimaklumkan bahawa kerajaan bandar raya itu akan memberi sokongan kepada siri projek termasuk pembinaan Taman Perindustrian Tenaga Hidrogen Zhongguancun, projek demo grid mikro tenaga baharu serta taman industri tenaga pintar, menjadikan Beijing satu bandar berpengaruh di peringkat antarabangsa dalam industri hidrogen dan penyimpanan tenaga baharu, malah juga hab inovasi teknologi.

    Zou Jinsong, Setiausaha PKC Daerah Fangshan, Beijing, berkata bahawa tahun-tahun kebelakangan ini, Fangshan telah menarik banyak perusahaan dalam sektor penyimpanan tenaga dan tenaga hidrogen, dan kesan pengagregatan industri juga semakin kelihatan. Daerahnya siap berusaha agar mewujudkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, berasaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa. Fangshan akan lebih terbuka kepada dunia dan memanfaatkan kesempatan agar mewujudkan rantaian tenaga baharu yang menyeluruh dan menerajui inovasi serta naik taraf teknologi tenaga baharu.

    Penggunaan tenaga hidrogen dalam sel bahan api kenderaan telah meletakkan asas yang baik bagi perkembangan tenaga hidrogen. Kenderaan berkuasa sel bahan api yang juga merupakan industri perintis bagi penggunaan tenaga hidrogen kini diberi perhatian di seluruh dunia dan membuahkan hasil yang cukup baik di China sama ada dalam memperluas penggunaan atau menguasai teknologi teras. Perancangan Perkembangan Industri Tenaga Hidrogen telah menggariskan sasaran agar bilangan kenderaan tenaga hidrogen mencapai kira-kira 50,000 menjelang tahun 2025, pengeluaran hidrogen mencapai 100,000 hingga 200,000 tan setahun, sementara penggunaan kenderaan tenaga hidrogen diperluas ke sektor pengangkutan awam serta logistik.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>