- Lain-lain
Mesir, Turkiye Setuju "Serta Merta" Tingkatkan Hubungan Diplomatik
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk meningkatkan hubungan diplomatik kedua-dua negara dengan "serta merta" dan saling menghantar duta.
Menurut kenyataan Jabatan Presiden Mesir pada Isnin, persetujuan itu dicapai pemimpin kedua-dua negara menerusi perbualan melalui telefon dan mereka bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dua hala.
Selepas bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi tamat jawatan pada tahun 2013, hubungan antara Mesir dan Turkiye memburuk dan kedua-dua negara kemudian menurunkan peringkat hubungan diplomatik.
Turkiye dan Mesir memulakan rundingan diplomatik peringkat tinggi pada tahun 2021, yang membawa kepada hubungan kedua-dua negara menunjukkan trend pemulihan, dan komunikasi turut meningkat, terutamanya dalam beberapa bulan kebelakangan ini.