- Lain-lain
Bekalan Komoditi Pukal di China Terus Meningkat
Indeks komoditi pukal China melantun semula kepada 100.7 peratus pada bulan Mei, menyaksikan peningkatan 0.4 peratus berbanding April, menurut Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP).
Dalam pada itu, bekalan keseluruhan komoditi pukal terus bertambah khususnya susulan kadar operasi perusahaan pengeluaran beransur-ansur meningkat.
Dari sudut bekalan, kecuali bekalan keluli mencatat penurunan, kesemua komoditi jenis lain menunjukkan trend pertumbuhan, terutamanya bekalan bijih besi yang merekodkan lantunan semula.
Selain itu, bekalan pasaran arang batu turut meningkat dengan ketara pada bulan Mei.
Dari segi jualan pula, industri logam bukan ferus, bahan kimia dan kenderaan mempamerkan prestasi jualan yang mantap dengan memperlihatkan pertumbuhan semakin pesat.