- Lain-lain
Kapal Persiaran Pertama Buatan China Berjaya Keluar dari Dok
Pada 6 Jun, sebuah kapal persiaran besar keluar dari dok No.2 Syarikat Pembinaan Kapal Waigaoqiao Co. Ltd., menuju ke Laut China Timur. Kejayaan kapal ini dilancarkan keluar dari dok menandakan projek berjaya melengkapkan pembinaan asas dan memasuki peringkat penyahsilapan, menjejak selangkah lebih dekat untuk dihantar ke pasaran dan mula beroperasi.
Sebanyak 25 juta alat ganti, lebih 20,000 set peralatan, 136 buah sistem, lebih 500 pembekal global, 323.6 meter panjang, 37.2 meter lebar dan 135,500 tan berat…… "Besar" ialah gambaran paling awal orang ramai terhadap kapal persiaran pertama buatan China. Selain saiznya yang besar, ciri utama yang membezakan kapal ini daripada kapal besar lain ialah fungsi yang penuh. Dalam kapal yang setinggi bangunan 24 tingkat ini, terdapat 2,826 kabin yang boleh memuatkan lebih 6,500 orang, juga dilengkapi dengan hotel mewah, teater, taman air dan sebagainya, seperti "sebuah bandar mudah alih di laut".
Setakat kapal ini memasuki peringkat reka bentuk, pakar telah meneliti sebanyak 60,000 keping lukisan. Wu Xiaoyuan, pengarah reka bentuk dalaman kapal Syarikat Pembinaan Kapal Waigaoqiao memperkenalkan bahawa reka bentuk kapal ini menggunakan pemodelan 3D yang menyerupai status pembinaan kapal dalam masa sebenar, membolehkan pekerja menyesuaikan pelan reka bentuk semasa proses pembinaan.
"Pembacaan, pelabelan dan pengisihan data ialah projek yang besar. Setakat ini, kami telah melaburkan lebih 1.8 juta jam dalam kerja reka bentuk."
"Penyiapan projek berskala besar ini juga meningkatkan keupayaan pemprosesan data kami, meningkat tahap pengurusan digital dan memupuk sumber manusia untuk masa hadapan," kata Wu Xiaoyuan.