- Lain-lain
China Mahu Bersama Honduras Mantapkan Hubungan Bilateral
China mahu bersinergi dengan Honduras ke arah memantapkan lagi hubungan bilateral, kata jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin.
Terdahulu, MFA mengumumkan Presiden Honduras Xiomara Castro akan mengadakan lawatan rasmi ke Beijing bermula 9 hingga 14 Jun.
Ini merupakan julung kalinya ketua negara Honduras membuat kunjungan rasmi ke China.
Wang berkata, dalam tempoh lawatan ini, pemimpin kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan bersejarah untuk merangka hala tuju pembangunan ikatan bilateral.
"China berharap dapat bersama Honduras memperkukuh rasa saling percaya, memperluas kolaborasi dan mempererat persahabatan," ujar beliau semasa sesi taklimat pada Rabu.
China dan Honduras menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi pada 26 Mac 2023, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan kedua-dua negara.