- Lain-lain
Kisah Hadiah kepada Xi: Manioc, Tanda Sumbangan China Basmi Kebuluran
Di sekitar lembangan Sungai Congo, tengah Afrika, terdapat sejenis makanan ruji yang dipanggil Manioc. Ia diperbuat daripada ubi kayu dan dibalut dengan daun dalam bentuk jalur panjang. Presiden Republik Congo, Denis Sassou Nguesso menghadiahkan satu lukisan minyak “Sekeluarga yang Tekun” kepada Presiden Xi Jinping ketika beliau membuat lawatan ke China pada Jun 2014. Lukisan itu menggambarkan beberapa wanita Afrika yang sibuk memasak. Ada yang mengacau tepung ubi kayu, ada yang memproses daun dan ada juga yang memasukkan kayu api ke dapur. Masakan yang mereka sedang buat adalah Manioc, makanan ruji yang dihidangkan kepada tetamu terhormat. Makna tersirat yang dibawa oleh lukisan daripada Denis Sassou Nguesso ini adalah “Xi Jinping merupakan tetamu terhormat dan China adalah rakan sejati.”
Presiden Republik Congo, Denis Sassou Nguesso menghadiahkan satu lukisan minyak “Sekeluarga yang Tekun” kepada Presiden Xi Jinping.
Dalam tempoh lalu yang agak panjang, disebabkan perkembangan ekonomi yang kurang baik, menu rakyat negara itu adalah sangat sedikit. 90% daripada jumlah populasinya menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji. Namun kerana pengeluaran yang terhad akibat kekurangan teknologi, timbulnya masalah kebuluran. Pada April 2011, kumpulan pertama ahli sains dari Akademi Sains Pertanian Tropika China tiba di Gombe, Republik Congo dan mengajari petani tempatan cara menanam, menuai dan menyimpan ubi kayu. Selama tiga tahun, ahli sains China juga menanam puluhan sayur dan buah di kebun contoh, antaranya termasuklah bok choy, bendi, jagung manis dan lada benggala. Selain itu, ahli sains tersebut juga berjaya menanam ubi kayu spesies “South China No.5” yang pengeluarannya mencecah 51 tan per hektar, iaitu 5.6 kali ganda hasil tempatan, banyak menyumbang kepada usaha membasmi kebuluran di sana.
Ahli sains dari Akademi Sains Pertanian Tropika China melatih pelajar Republik Congo di kebun contoh.
“Terhadap rakan Afrika, kami berpegang pada ‘ketulusan’. Terhadap kerjasama dengan Afrika, kami berpegang pada ‘pragmatik’. Terhadap usaha memperkukuh persahabatan China-Afrika, kami berpegang pada ‘erat’. Terhadap usaha menyelesaikan masalah yang muncul dalam kerjasama, kami berpegang pada ‘keikhlasan’.” Prinsip kerjasama antara China dan Afrika telah membuahkan hasil yang cukup besar di Republik Congo, yang dapat diperlihatkan melalui bakul penduduk tempatan yang dipenuhi pelbagai sayur, lalu lintas yang lancar, bangunan yang tersergam megah serta senyuman ceria rakyat tempatan apabila menyebut tentang China.
- Kisah Hadiah kepada Xi: Cetakan Batu Bersurat Cheng Ho, Ungkap Kisah Sejarah Legenda
- Kisah Hadiah kepada Xi: Peta Kuno, Saksi Sejarah Jalan Sutera Maritim
- Kisah Hadiah kepada Xi: Gambar 8 Jet JF-17 Thunder Iringi Pesawat Xi Simbol Persahabatan China-Pakistan
- Kisah Hadiah kepada Xi: Kapal Kargo Tanda Tekad China dalam Keterbukaan
- Kisah Hadiah daripada Xi: Pasu Cloisonne Bawa Maksud Kedamaian Jadi Lambang Pertukaran Peradaban
- Kisah Hadiah daripada Xi: 19 terbitan Renmin Ribao Suburkan Ikatan China-Vietnam
- Kisah Hadiah daripada Xi: Model EMU Fuxing Sumber Momentum BRI
- Kisah Hadiah daripada Xi: Patung Tembaga Akupunktur Naikkan TCM ke Peringkat Antarabangsa