- Lain-lain
BIBF ke-29 Dijadual Minggu Depan
Pesta Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) edisi ke-29 bakal diadakan di Pusat Konvensyen Nasional di Beijing pada 15 hingga 18 Jun.
Acara itu menjadi platform bersepadu yang menggabungkan fungsi perdagangan hak cipta, pameran terbitan, interaksi budaya, pembudayaan amalan membaca dan sebagainya.
Kira-kira 1,500 firma penerbitan dan badan lain yang berkaitan dari 56 negara dan wilayah menyertai pameran berkenaan secara fizikal, antaranya pempamer asing sebanyak 60 peratus.
Tahun ini, BIBF buat kali pertamanya menyediakan ruang pameran untuk memperkenalkan hasil terbitan dalam talian seperti karya sastera dan produk permainan.
Antara pengisian yang menarik termasuk aktiviti membaca serta pameran buku kategori makanan lazat, buku seni, buku ilustrasi dan lain-lain.