- Lain-lain
Obor Universiade Chengdu 'Terbang' ke Beijing
Majlis penyerahan obor Universiade Musim Panas Ke-31 telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tianfu di bandar Chengdu pada Khamis.
Setibanya ia di Beijing, larian obor yang akan dirasmikan pada Sabtu dan diteruskan sehingga 28 Julai bakal menyemarakkan Universiade Chengdu yang bertemakan "berjuang untuk masa muda dan impian".
Dimaklumkan, "Ronghuo", obor Universiade Chengdu berasal daripada singkatan bandar terbabit "Rong" yang bermaksud "penggabungan" dan "keterangkuman".
Reka bentuk obor yang menggunakan blok warna cerun mempamerkan keghairahan, dinamik dan fesyen tentang kehidupan Chengdu, selain mencerminkan warna-warni mahasiswa.
Untuk rekod, api obor Universiade Chengdu telah diambil dari Turin, Itali, tuan rumah universiade musim panas yang pertama.
Dalam tempoh sebulan yang seterusnya, larian obor akan diadakan antara atlet -atlet dan dari bandar ke bandar untuk menyampaikan konsep penganjuran "sederhana, selamat dan cemerlang", di samping memperkenalkan Chengdu dengan kepesonaan budaya dan bandar taman.
Dengan berlangsugnya majlis penyerahan obor itu, ia juga menandakan tibanya fasa akhir persiapan.
Pada lima puluh hari seterusnya, Chengdu akan menyajikan temasya sukan antarabangsa yang memenuhi piawaian antarabangsa, bercirikan China, mengikuti arus zaman dan menonjolkan kemudaan.