- Lain-lain
Kapal Qi Jiguang Berlepas ke Filipina
Kapal latihan tentera laut China, Qi Jiguang berlepas ke Filipina pada Khamis selepas mengakhiri lawatan muhibah di Brunei.
Pada pukul 9.00 pagi Khamis, pihak Brunei mengadakan satu majlis yang meriah di Pelabuhan Muara untuk mengucapkan selamat jalan kepada kapal itu.
Majlis itu disertai lebih 200 orang termasuk diplomat dan wakil institusi China di Brunei, orang Cina dan perantau China serta anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).
Sesudah meninggalkan pelabuhan, kapal Qi Jiguang menjalankan latihan pelayaran bersama dengan TLDB di kawasan perairan yang ditetapkan.
Sepanjang singgah di Brunei, tentera kedua-dua negara mengadakan pelbagai program interaksi antaranya pertandingan persahabatan sukan, aktiviti menjaga alam sekitar dan lain-lain.
Kapal itu turut menganjurkan lima kali aktiviti Hari Terbuka yang menerima lawatan kira-kira 1,000 pengunjung.