- Lain-lain
Kompleks Perkuburan Pasukan Ekspedisi China ke Myanmar Dibuka kepada Umum
Majlis penyelesaian pembinaan Kompleks Perkuburan Anggota Pasukan Ekspedisi China ke Myitkyina Myanmar yang terkorban dalam perang anti-Fasis telah diadakan di Myitkyina, Myanmar kelmarin.
Dimaklumkan, kompleks yang terletak di pinggir bandar itu terdiri daripada satu tugu peringatan dan satu makam yang seluas 277 meter persegi, tempat pengebumian jenazah 347 orang pejuang.
Majlis terbabit disertai 200 orang, termasuk satu rombongan China yang terdiri perwakilan dari Jabatan Hal Ehwal Veteran China, Jabatan Perhubungan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Jabatan Taiwan Jawatankuasa Pusat PKC, Kementerian Luar China, serta Kedutaan Besar China ke Myanmar, Persatuan Saudara Sekampung Halaman Yunnan Myitkyina, dan keturunan anggota Pasukan Ekspedisi.
Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai berkata, Pasukan Ekspedisi China memberikan sumbangan signifikan kepada kemenangan anti-Fasis sedunia melalui perjuangan dengan tentera penceroboh Jepun.
"Kami seharusnya mewarisi semangat perjuangan mereka yang berani menggadai nyawa dalam memperjuangkan pembangkitan nusa dan bangsa, di samping membuka lembaran baharu untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib China-Myanmar," kata beliau.