- Lain-lain
Thailand Berdepan Demam Denggi Paling Teruk
(CRI)Isnin 12 Jun 2023
Thailand berdepan penularan demam denggi paling teruk dalam tempoh tiga tahun, menyaksikan sejumlah 18,173 kes jangkitan dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga Mei.
Angka itu meningkat 4.2 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
Secara puratanya lebih 900 jangkitan baharu dicatatkan pada setiap minggu, dengan sejumlah 15 kes kematian dilaporkan setakat ini.
Kanak-kanak berusia lima hingga 14 tahun antara yang paling banyak dijangkiti, diikuti golongan berumur 15 hingga 24 tahun.
Kebanyakan mereka berasal dari Bangkok serta bahagian selatan dan tengah Thailand.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang