- Lain-lain
Pameran Dwitahunan Kraftangan Kreatif Antarabangsa Ke-6 Tutup Tirai
Pameran Dwitahunan Kraftangan Kreatif Antarabangsa Ke-6 telah menutup tirai di Paris, Perancis semalam. Sejumlah karya kreatif China yang berunsurkan warisan budaya tidak ketara dan mempunyai reka bentuk yang moden telah mencuri perhatian ramai pengunjung.
Lebih 3,000 karya kraftangan hasilan lebih 300 orang pereka bentuk atau institusi dari pelbagai negara seluruh dunia dipamerkan sempena berlangsungnya pameran dwitahunan yang membuka tirai pada 7 Jun lalu.
Atas jembutan pihak penganjur, Syarikat Beijing Design Week, Tabung Kesenian Moden Beijing dan majalah VOGUE telah bersama-sama menganjurkan satu pameran khas yang melibatkan karya pakaian yang mempunyai elemen warisan budaya tidak ketara China seperti sulaman Yun, tenunan bulu, benang perak, sulaman Dui Shangdang, hiasan perak etnik Yi, karpet etnik Dulong, kain pedang etnik Jinuo, kain sulaman Xilankapu etnik Tujia dan lain-lain.
Pameran dwitahunan yang diinisiatif Kesatuan Sekerja Kesenian Perancis pada 2013 itu, dianggap satu wahana perdagangan bagi sektor kraftangan, dan juga satu temasya holistik yang paling berpengaruh bagi kalangan kesenian kraftangan di negara itu.