- Lain-lain
100 Hari Menjelang Sukan Asia, Hangzhou Bersedia Sepenuhnya
Sukan Asia ke-19 dijadual berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober tahun ini di Hangzhou, provinsi Zhejiang dengan lima lagi bandar tuan rumah bersama iaitu, Ningbo, Wenzhou, Jinhua, Shaoxing dan Huzhou.
Menjelang 100 hari sebelum perasmian Sukan Asia Hangzhou pada hari ini, kesemua 56 venue pertandingan sudah siap dibina dan dilengkapi dengan fungsi pengendalian acara.
Venue Renang Pusat Olimpik Hangzhou yang boleh memuatkan sehingga 6,000 penonton pada satu-satu masa itu akan menjadi hos kepada pertandingan renang, terjun dan renang berirama.
Venue itu juga akan mempertandingkan sejumlah 53 pingat emas, sekali gus menghasilkan pingat emas terbanyak dalam Sukan Asia Hangzhou.
Setiausaha Agung Persekutuan Renang Asia, Taha Sulaiman Al Kishry menzahirkan pujian terhadap reka bentuk unik venue dan peralatan pintar yang canggih, selain turut menyifatkan venue itu sebagai keajaiban seni bina.
"Saya percaya ia akan menjadi antara venue terbaik untuk pertandingan renang dalam sejarah Sukan Asia," ujar beliau.
Pada masa ini, kerja-kerja persiapan untuk Sukan Asia Hangzhou telah memasuki peringkat akhir.
Untuk rekod, kesemua 40 kategori, 61 sub-acara dan 483 acara pertandingan untuk Sukan Asia Hangzhou sudah ditetapkan, manakala Kampung Sukan Asia pula sudah bersedia untuk menerima kedatangan penghuni.
- Sukan Asia Bakal Saksikan Penglibatan Semua 45 Anggotanya di Hangzhou
- Stadium E-Sukan Sukan Asia Hangzhou Serba Canggih
- Sukan Asia Tenggara Ke-32 Buka Tirai
- Kerja Persiapan Sukan Asia Hangzhou Berjalan Lancar
- Persidangan Ketua Delegasi Sukan Asia Hangzhou Dirasmikan
- Kira Detik 200 Hari hingga Sukan Asia, Persembahan Dron Menerangi Zhejiang
- Berjuanglah, Remaja China!
- Kejohanan Wusyu Remaja Dunia ke-8 Dirasmikan di Indonesia
- Sukan Asia Hangzhou Lancarkan Pembawa Obor Digital