- Lain-lain
Kadar Liputan Hutan di Beijing Naik ke 44.8 Peratus
(CRI)Isnin 19 Jun 2023
1 |
Kadar liputan hutan di bandar raya Beijing mencapai 44.8 peratus, sementara kadar liputan kawasan berhutan pula mencapai 49.3 peratus.
Ini hasil usaha bandar ibu kota China dalam beberapa tahun lalu, terutamanya pelaksanaan dua kempen pembinaan hutan berskala besar, dan pembinaan kawasan pemuliharaan ekologi.
Ketua Biro Perhutanan dan Taman Beijing, Gao Dawei menyatakan bahawa pihaknya telah membina 79 zon perlindungan alam semula jadi di kawasan pergunungan bandar ini. Lebih 90 peratus spesies tumbuhan dan haiwan liar penting serta tempat habitat mendapat perlindungan berkesan.
Menurutnya, kini haiwan darat liar di seluruh bandar ini berjumlah 608 spesies, dan tumbuhan liar mencapai 2,088 spesies.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang