- Lain-lain
PM Li Qiang Bakal Hadir Forum Davos di Tianjin
Perdana Menteri China, Li Qiang akan menghadiri Forum Davos Musim Panas ke-14 yang akan diadakan di Tianjin, China pada 27 Jun.
Demikian diumumkan jurucakap Kementerian Luar, Mao Ning, pada 20 Jun.
Sempena forum itu, Li akan menghadiri upacara perasmian dan menyampaikan ucaptama, bertemu dengan Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF), Klaus Martin Schwab dan tetamu asing, serta menyertai sesi dialog dengan wakil-wakil usahawan global.
Enam topik utama telah ditetapkan untuk perbincangan para peserta. Antaranya menghidupkan semula pertumbuhan, China dalam konteks global, transformasi tenaga dan bekalan bahan, trend penggunaan pasca pandemik, perlindungan alam semula jadi dan iklim, serta penyusunan inovasi.
Yang turut hadir pada forum edisi ini ialah Perdana Menteri Barbados Mia Mottley, Perdana Menteri Mongolia Luvsannamsrai Oyun-Erdene, Perdana Menteri New Zealand Christopher Hipkins, dan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh. Mereka juga akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini.
Bertemakan "Entrepreneurship: The Driving Force of the Global Economy", forum WEF kali ini akan berlangsung di Tianjin pada 27 hingga 29 Jun.