• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    1.91B Tan Muatan Lalu Kunci Air Tiga Gaung dalam 20 Tahun

    1.91B Tan Muatan Lalu Kunci Air Tiga Gaung dalam 20 Tahun
    Sebuah kapal belayar di perairan Taipingxi, daerah Yiling, bandar Yichang, provinsi Hubei, di hadapan Empangan Tiga Gaung pada 18 Jun (foto dron). (Xinhua/Wang Huifu)

    Jumlah tambang muatan terkumpul yang diangkut menerusi kunci air Empangan Tiga Gaung dalam tempoh 20 tahun beroperasi dilaporkan mencecah 1.91 bilion tan.

    Dalam taklimat pada 18 Jun, Biro Pentadbiran Navigasi Empangan Tiga Gaung Sungai Yangtze memaklumkan bahawa sejak laluan perkapalan tersebut dibuka untuk kegunaan awam pada tahun 2003, kunci airnya telah dibuka tutup lebih daripada 193,000 kali, membolehkan lebih 993,000 kapal belayar dengan lancar, membawa tidak kurang daripada 12 juta penumpang.

    Operasinya sepanjang dua dekad ini telah banyak membantu Sungai Yangtze memainkan peranan sebagai laluan pengangkutan penting.

    Sejak Projek Tiga Gaung dirasmikan, keadaan di lingkungan perairan Sungai Yangtze telah menampakkan perubahan ketara. Sebagai contoh, kedalaman air di Sungai Sichuan yang letaknya lebih 600 kilometer hilir dari bandar Chongqing, kini pada paras yang sesuai untuk kegiatan perkapalan. Faktor-faktor yang dahulunya menyukarkan pelayaran antara Sungai Sichuan dan Empangan Tiga Gaung kesemuanya telah ditangani. Ini termasuklah 109 beting, 34 bahagian sungai yang lebarnya cuma cukup untuk laluan sehala, serta 12 lokasi yang dahulunya terlalu cetek hingga mengakibatkan kapal terdampar. Tanan kapal turut meningkat daripada 1,000 kepada 5,000, dan keseluruhan jalan air ini dapat dilalui siang dan malam sepanjang tahun.

    Pada masa yang sama, kapasiti tunda per unit kuasa kuda kapal juga melonjak kira-kira tiga kali ganda, manakala penggunaan tenaga secara puratanya turun kepada kira-kira sepertiga tahap lama. Kelebihan-kelebihan yang ada pada mod pengangkutan air misalnya penggunaan tenaga yang rendah, kurang mencemar, liputan yang menjangkau jauh, kapasiti yang tinggi dan kos yang rendah, semuanya dimanfaatkan sepenuhnya.

    Tahun-tahun kebelakangan ini, jumlah kargo yang diangkut menerusi kunci air Tiga Gaung memperlihatkan trend peningkatan yang stabil. Pada 2011, jumlah muatan tahunan yang dikendalikan memecahkan paras 100 juta buat kali pertama, merealisasikan kapasiti rekaannya 19 tahun lebih awal daripada dijadualkan. Pada 2022, kunci air tersebut dibuka tutup sebanyak 10,400 kali, membolehkan 40,600 kapal lalu dengan membawa jumlah kargo terkumpul melebihi 156 juta tan, satu rekod baharu dalam sejarah.

    Sebuah kapal belayar dengan lancar melalui kunci air dan lif kapal di Empangan Tiga Gaung pada 18 Jun (foto dron). (Xinhua/Wang Gang)
    Kapal-kapal belayar dengan lancar melalui kunci air lima tingkat berlorong kembar di Empangan Tiga Gaung pada 18 Jun (foto dron). (Xinhua/Wang Gang)

    Gaya Hidup

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>