- Lain-lain
Jurang Kaya dan Miskin Makin Lebar di AS
(CRI)Rabu 21 Jun 2023
Media Amerika Syarikat (AS) menerbitkan rencana mutakhir ini yang menyebut bahawa masalah utama dalam ekonomi negara itu bukanlah inflasi, tetapi jurang antara kaya dengan miskin.
Rencana itu meramalkan bahawa menjelang tahun 2048, sebanyak 62 peratus kekayaan negara AS akan dimiliki oleh golongan paling kaya yang menduduki satu peratus populasi negara itu, iaitu tahap tertinggi sejak tahun 1928.
Dalam pada itu, golongan paling kaya (0.01 peratus) akan menguasai sebanyak 25 peratus kekayaan negara. Ini menandakan ekonomi AS sedang berubah ke arah ekonomi oligopoli, dan golongan berpendapatan sederhana dan miskin akan dipinggirkan lagi.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang