- Lain-lain
Jepun Digesa Tangani Air Tercemar Nuklear dengan Selamat
China menggesa Jepun agar menangani keprihatinan rasional masyarakat antarabangsa, mengendalikan air tercemar nuklear dengan paling selamat secara terbuka dan telus.
Wakil China menyatakan demikian ketika berucap pada sesi ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada Khamis.
Menurutnya, Jepun dengan degil ingin melepaskan air tercemar nuklear ke laut, dan tindakan ini menyalahi tanggungjawab dalam Konvensyen PBB Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).
Setakat ini, Jepun tidak dapat membuktikan pelepasan air tercemar nuklear adalah selamat dan tidak berbahaya. Data yang dikeluarkan Jepun juga mendapati bahawa hampir 70 peratus air tercemar nuklear yang sudah dirawat masih belum memenuhi piawaian.
Wakil China menegaskan bahawa pelepasan air tercemar nuklear Jepun bukanlah urusan negara itu sahaja, ia berkait rapat dengan ekologi alam sekitar dunia dan hak kesihatan rakyat pelbagai negara.
Jepun digesa memandang dengan betul bantahan tegas dari dalam dan luar negara serta keprihatinan masyarakat antarabangsa, melaksanakan dengan ikhlas tanggungjawabnya, menangani air tercemar nuklear dengan cara yang paling selamat.
- Jepun 'Selfish', Siap Buang Air Kumbahan Nuklear ke Laut
- Lautan Bukan Pembetung Peribadi Jepun: MFA
- Air Kumbahan Terbocor, Pantai Awam Ditutup
- Jepun Tidak Boleh Lepaskan Air Tercemar Tanpa Persetujuan Masyarakat Antarabangsa
- 93.21% Responden Menentang Jepun Buang Air Cemar Nuklear ke Laut
- Tunjuk Perasaan Rakyat Jepun Tentang Rancangan Buang Air Cemar Nuklear ke Laut
- Jepun Lulus Draf Dokumen Berhubung Pelan Pelepasan Air Sisa Nuklear
- Laporan IAEA Cermin Kebimbangan Komuniti Global
- Jepun Digesa Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Jepun Digesa Hentikan Rancangan Lepas Air Terawat ke Laut