• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Parti-parti Indonesia Kunjung Xiong’an, Belajar Pengalaman China dalam Modenisasi

    Wakil-wakil parti politik Indonesia meninjau Kawasan Baharu Xiong’an di provinsi Hebei pada 22 Jun. (Foto: www.xiongan.gov.cn)

    Wakil-wakil parti politik Indonesia meninjau Kawasan Baharu Xiong’an di provinsi Hebei pada 20 Jun. (Foto: www.xiongan.gov.cn)

    Atas undangan Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), wakil-wakil parti politik Indonesia termasuk Parti Kebangkitan Bangsa, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, Parti Golkar, Parti Gerakan Indonesia Raya, Parti NasDem dan Parti Amanat Nasional meninjau Kawasan Baharu Xiong’an di provinsi Hebei. Di sana, para wakil turut menghadiri forum “Perancangan Jangka Seribu Tahun, Kota Dibina untuk Rakyat: Pelaksanaan Modenisasi Ala China di Xiong’an”, membincangkan pencapaian dan ciri-ciri Modenisasi Ala China serta berkongsi pengalaman dalam tadbir urus parti dan negara dengan pihak China.

    Diperkenalkan bahawa, selama enam tahun lamanya, pembinaan Xiong’an terus berjalan lancar, fungsi bukan ibu kota dipindahkan dari Beijing ke Xiong’an secara teratur, kesan pemuliharaan persekitaran semakin terlihat, dan kesejahteraan rakyat terus dipertingkat. Rancangan untuk membangunkan Xiong’an sebagai “Kota Masa Depan” sedang menjadi kenyataan.

    Kata Luluk Nur Hamidah, Ketua Kerjasama Luar Negeri Parti Kebangkitan Bangsa yang juga ahli parlimen Indonesia, Xiong’an yang dikenali sebagai “Kota Masa Depan” telah menampilkan keharmonian manusia dan alam serta kemodenan dan tradisi, dan telah membawa banyak inspirasi kepada pembangunan ibu kota baharu Indonesia kerana ia satu tantangan bagi Indonesia untuk membangunkan sebuah kota maju tanpa menjejaskan ekologi. Prinsip bertanggungjawab ke atas bumi serta generasi seterusnya yang dipegang oleh Modenisasi Ala China cukup berbaloi untuk dipelajari seluruh dunia.

    Benny Gusman Sinaga dari Parti Gerakan Indonesia Raya pula berkata, pelan pembangunan Xiong’an adalah satu perancangan yang bervisi jangka panjang hinggalah menjangkau seribu tahun kemudian, yang mana juga menunjukkan sifat kepimpinan PKC yang berpandangan jauh dan memimpin negara ke hadapan. PKC telah menghasilkan falsafah tersendiri dalam pembangunan serta tadbir urus negara dan juga jalur pembangunan tersendiri, yang juga memberi inspirasi kepada dunia termasuklah Indonesia. Adalah menjadi hasratnya agar jalur Modenisasi Ala China terus diperluas di bawah pimpinan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping dan menawarkan model baharu kepada negara membangun. Beliau turut menambah, prinsip “gerakan” yang selalu dipegang oleh partinya adalah selaras dengan prinsip tadbir urus PKC. Pihaknya bersedia untuk memperkukuh kerjasama dan mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman modenisasi China.

    Wakil-wakil Indonesia berkali-kali meluahkan kekaguman terhadap pencapaian pembangunan Kawasan Baharu Xiong’an dengan memetik pepatah Indonesia “menuntut ilmu biar sampai ke negeri China”. Pembangunan Xiong’an memaparkan satu jalur modenisasi yang bersifat mesra alam, pintar dan inovatif di samping mewariskan tradisi serta mewujudkan keharmonian alam dan manusia. Ia telah memberi inspirasi yang cukup penting kepada pembangunan sosioekonomi Indonesia terutamanya memberi keyakinan baharu kepada pembangunan ibu kota baharu Indonesia. Indonesia bersedia mempelajari dengan lebih lanjut tentang Modenisasi Ala China dan juga menghulurkan undangan kepada China supaya terlibat dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia dan mencapai kemajuan bersama.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>