- Lain-lain
Letupan Restoran: Kumpulan Kerja Ditubuhkan Siasat Punca Insiden
(CRI)Ahad 25 Jun 2023
Letupan gas berlaku di sebuah restoran barbeku di bandar Yinchuan, wilayah Ningxia di barat daya China pada 21 Jun, menyebabkan 31 orang maut dan 7 lagi cedera.
Dewan Negara memutuskan untuk menubuhkan kumpulan kerja khas bagi menyiasat punca insiden tersebut.
Diketuai oleh Kementerian Pengurusan Kecemasan, kumpulan kerja tersebut turut disertai pegawai dari Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Luar Bandar, Kementerian Perdagangan, Pentadbiran Pengurusan Pasaran Negara, Kesatuan Sekerja Seluruh China, Pentadbiran Bomba dan Penyelamatan Negara, kerajaan tempatan wilayah Ningxia dan lain-lain.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang