• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Gen Z Suntik Kedinamikan kepada Industri Jagaan Warga Emas

    Dengan cermatnya, Yanyang Junqi membantu seorang warga emas masuk ke tab mandi, dan terus berbual-bual sambil menolong orang tua itu membersihkan tubuh badan.

    “Atuk, boleh tolong kelip mata untuk beritahu kalau air ini terlalu panas?” katanya, untuk memastikan orang tua itu selesa dan selamat.

    Orang tua yang dibantu Yanyang itu seorang pesakit Parkinson. Keadaan kesihatannya menjadikan dia tidak mampu berkomunikasi secara lisan. Yanyang dan pesakit itu tiada pertalian darah.

    Malahan, Yanyang yang berusia 29 tahun, bertugas sebagai “pembantu mandi” yang tidak ternilai sumbangannya kepada komuniti warga tua. Hingga kini, dia sudah membantu lebih 200 orang lanjut usia memenuhi keperluan membersihkan diri, membuktikan komitmennya terhadap kebajikan mereka.

    Seperti Yanyang, terdapat satu trend yang muncul dalam kalangan orang mTda yang terlibat dalam industri jagaan warga emas di China. Penglibatan mereka ini menyemai dalam industri itu satu kedinamikan dan perspektif baharu.

    BERBAKTI KEPADA “DATUK NENEK”

    Yanyang dahulunya seorang bakat profesional media massa yang bekerja di Beijing, sebelum dia pulang ke kampung halaman di Chengdu, provinsi Sichuan. Menyentuh sebabnya dia menceburi sektor kebajikan warga emas, Yanyang menjelaskan bahawa pengalaman pada zaman kanak-kanak yang mempengaruhi keputusannya itu.

    Ketika kecil, dia pernah tinggal dengan datuk dan nenek. “Mereka jarang-jarang mandi selepas sampai umur 70 tahun kerana bilik air gelap dan licin, dan mereka takut cedera,” ujar pemuda itu.

    Dia tahu bukan datuk dan neneknya sahaja yang menghadapi masalah ini. Begitu ramai orang tua yang bergelut dengan cabaran-cabaran serupa.

    “Saya terfikir, saya patut buat sesuatu untuk membaiki kualiti hidup mereka,” kata Yanyang, sambil menambah bahawa itulah masanya dia memutuskan untuk menukar haluan kerjaya.

    Yanyang Junqi memberi taklimat kepada rakan sekerjanya mengenai tugas “pembantu mandi” pada 21 April. (Xinhua/Zhang Hailei)

    Yanyang Junqi memberi taklimat kepada rakan sekerjanya mengenai tugas “pembantu mandi” pada 21 April. (Xinhua/Zhang Hailei)

    Berbeza dengan Yanyang, Wang Cheng yang berumur 27, memilih jurusan perkhidmatan dan pengurusan warga emas sebagai fokus pembelajaran sewaktu di kolej. Dia kemudiannya mendapat peluang kerja di pusat kebajikan sosial daerah Yangpu, Shanghai.

    Ditanya sebabnya dia sebagai orang muda sanggup memilih untuk menjadi penjaga orang tua, Wang tanpa ragu-ragu menekankan bahawa usia muda adalah kelebihan yang dimiliki dirinya.

    Merenung kembali pengalaman lalu, Wang menceritakan satu peristiwa yang berlaku ketika dia memberi bantuan kepada seorang warga tua yang sama nama keluarga dengannya.

    Pernah sekali, Wang Cheng sedang bercuti dan mendapat tahu Pakcik Wang tidak mahu makan, maka dia serta-merta pulang dari percutiannya. “Sebaik sahaja dia melihat saya, dia pun tersenyum,” kata Wang Cheng. “Saat itulah saya berasa kuatnya panggilan untuk saya terus menyumbang bakti dalam industri jagaan warga emas.”

    Menurut Wang Cheng, bilangan orang muda dari kalangan Gen Z yang bekerja bersama-samanya di pusat kebajikan telah meningkat dalam masa lima tahun lepas.

    Dalam satu tinjauan oleh platform media sosial Sina Weibo awal tahun ini, lebih 60 peratus daripada 40,000 responden melahirkan keyakinan terhadap prospek industri yang berkaitan dengan golongan pesara, dan mahu melibatkan diri sekiranya ada peluang.

    Wang Cheng membantu orang tua masa makan tengah hari di pusat kebajikan pada 28 April. ()

    Wang Cheng membantu orang tua masa makan tengah hari di pusat kebajikan pada 28 April. (Xinhua/Liu Ying)

    KUASA GOLONGAN MUDA MENINGKAT

    China mempunyai populasi yang semakin menua. Data menunjukkan terdapat 280 juta warga berusia 60 tahun ke atas di China setakat hujung 2022, mewakili 19.8 peratus seluruh populasi. Angka ini dijangka akan naik hingga melebihi 300 juta menjelang 2025, dan 400 juta sekitar 2035.

    Negara ini diramalkan akan mempunyai sistem keinstitusian yang agak lengkap menjelang 2025 yang mencakupi segenap populasi warga tuanya, berdasarkan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan pada bulan Mei.

    Langkah telah diambil oleh kerajaan-kerajaan tempatan untuk menggalakkan orang muda menceburkan diri dalam industri berkaitan pesara.

    Misalnya, pada 2020, Beijing mula menawarkan ganjaran sekali beri sehingga 60,000 yuan (kira-kira 38,700 ringgit) kepada graduan kolej yang bekerja dalam industri terbabit, di sambil menyediakan subsidi untuk penjaga profesional.

    Selepas menjadi penjaga, Wang Cheng telah diberikan status berdaftar sebagai isi rumah di Shanghai. Ini merupakan dasar keutamaan yang dilaksanakan daerah Yangpu untuk menarik kemasukan bakat.

    MERAPATKAN JURANG

    Di rumah jagaan Furuiyuan di bandar Xuchang, provinsi Henan, Zhang Fengqin yang berusia 67 tahun sedang bersiap sedia untuk satu pertandingan e-sukan peringkat negara bersama-sama rakan sepasukannya.

    “Pasukan warga emas kami berjaya mengalahkan pemain-pemain muda di pertandingan peringkat bandar hinggalah menang kejohanan kategori berkumpulan,” katanya dengan bangga, sambil meminta Fan Jinlin, pengelola rumah jagaannya, menunjukkan sijil tanda kemenangan.

    Fan, 26, bertanggungjawab atas empat rumah jagaan. “Saya lebih memberi perhatian kepada aspek spiritual dalam hidup warga emas. Saya berharap rumah-rumah jagaan dapat menjadi tempat yang membahagiakan bagi mereka,” katanya.

    Sambil memberi jagaan kepada warga tua, Fan dan kumpulan kerjanya biasanya akan membuat video-video pendek dan bermain-main dengan mereka. Kandungan mereka di media sosial telah menarik audiens seramai lebih sejuta, dan telah membantu mengubah perspektif orang ramai terhadap rumah jagaan serta memupuk pemahaman yang lebih baik.

    Fan Jinlin menghidangkan ladu yang siap dimasak kepada orang tua di pusat kebajikan pada 25 April.

    Fan Jinlin menghidangkan ladu yang siap dimasak kepada orang tua di pusat kebajikan pada 25 April. (Xinhua/Li An)

    Menurut Qiao Yihao, ketua pusat kebajikan sosial daerah Yangpu, banyak orang muda seperti Fan, Yanyang dan Wang Cheng membesar dalam keluarga satu anak. “Mereka rapat dengan datuk nenek, dan rasa kasih ini dapat dilihat dalam cara mereka menjalankan tugas.”

    Qiao pula percaya orang lanjut usia sendiri mempunyai hasrat yang kuat untuk bergaul rapat dengan orang muda yang masih cergas, suatu perkara yang membawa kepada keinginan kedua-dua pihak untuk menjalin ikatan.

    “Hal ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada orang tua, bahkan merapatkan jurang antara generasi, membolehkan mereka berasa muda semula,” ujar Fan.

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>