- Lain-lain
China Gesa Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin menekankan lagi bahawa pendirian China menentang rancangan Jepun yang melepaskan air tercemar nuklear ke laut adalah konsisten. Rancangan Jepun yang mahu memindahkan risiko tercemar nuklear kepada dunia adalah tidak sah , dan mencerminkan negara itu tidak menjaga asas moral. China menggesa Jepun bersungguh-sungguh mengambil kira keprihatinan rasional yang diluahkan masyarakat antarabangsa dan penduduk negaranya sendiri, berhenti merancang melepaskan air tercemar nuklear ke laut, menangani isu itu secara saintifik, selamat dan telus serta menerima pemantauan antarabangsa yang ketat.
Dalam sidang media semalam, Wang menyatakan bahawa China menganggap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu membuat kesimpulan yang bertanggungjawab yang boleh lulus ujian sejarah dan sains berhubung rancangan Jepun melepaskan air kumbahan loji janakuasa nuklear Fukushima ke laut, dan sama sekali tidak boleh menjadi penyokong dalam tindakan Jepun yang salah itu.