- Lain-lain
PM Li Harap AS Sehaluan dengan China Perbaiki Hubungan Bilateral
Perdana Menteri China, Li Qiang berharap agar Amerika Syarikat (AS) mengambil sikap yang rasional dan bertindak sehaluan dengan China agar hubungan bilateral kembali ke landasan yang betul dengan secepat mungkin. Beliau berujar demikian ketika ditemui Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet L. Yellen yang sedang dalam lawatan ke Beijing di Dewan Besar Rakyat pada petang Jumaat lalu.
Li menyatakan bahawa China dan AS mempunyai kaitan yang rapat dalam kepentingan ekonomi kedua-dua negara, dan memperkasakan kerjasama adalah keperluan dan pilihan yang tepat bagi kedua-dua pihak. Pembangunan China bukan cabaran bagi AS melainkan peluang, dan juga bukan yang membawa risiko melainkan yang menguntungkan AS. Mempolitikkan dan membesar-besarkan konsep keselamatan terhadap kerjasama ekonomi tidak berfaedah bagi pembangunan ekonomi kedua-dua negara bahkan dunia. Kedua-dua pihak diharap bersikap ikhlas menambah dan memperhalusi komunikasi yang substantif mengenai isu utama dalam bidang ekonomi, sehingga mencapai konsensus dan menyuntik momentum kepada hubungan bilateral.
Yellen pula menyatakan bahawa pihaknya enggan "cantas hubungan dan putus rantaian", dan juga tidak berniat menghalang usaha modenisasi China. Pihaknya bersedia sinergi dengan China melaksanakan konsensus tercapai Presiden kedua-dua negara di Pulau Bali, meningkatkan komunikasi supaya dapat mengelakkan salah faham akibat terwujudnya perselisihan. AS berharap meningkatkan kerjasama dengan China dalam menstabilkan ekonomi makro dan mengatasi cabaran sejagat demi mencapai hasil yang saling menguntungkan dan menang-manang dalam bidang ekonomi.