- Lain-lain
China Rai Hari Maritim ke-19
(CRI)Selasa 11 Julai 2023
China mengadakan siri aktiviti bertemakan Laluan Sutera sempena meraikan Hari Maritim ke-19 yang jatuh pada hari ini.
Selaku laluan penting untuk pertukaran budaya dan ekonomi antara China dengan dunia pada zaman purba, Laluan Sutera Maritim telah melakar lembaran gemilang dalam sejarah tamadun manusia selama ribuan tahun.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sektor maritim China terus mencapai kemajuan signifikan dari segi pembangunan hijau, inovasi teknologi serta kerjasama terbuka.
Pencapaian seumpama turut memberi jaminan bagi memacu pembangunan sihat industri maritim sejagat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang