- Lain-lain
35 Maut dalam Bencana Hujan Ribut di Korea Selatan
(CRI)Isnin 17 Julai 2023
Menurut maklumat Ibu Pejabat Tindak Balas Keselamatan Bencana Pusat Korea Selatan, setakat pukul 11.00 pagi hari ini, hujan yang tidak henti sejak 9 Julai lalu telah menyebabkan 35 orang maut di negara itu.
Pada tengah hari ini, anggota mencari dan menyelamat telah menemui satu lagi mayat di tempat kejadian di daerah Osong, bandar Cheongju, kawasan Chungcheong Utara. Setakat ini, kemalangan itu telah mengorbankan 8 orang.
Pada perkembangan berkaitan, Perbadanan Kereta Api Korea telah menggantung semua perkhidmatan kereta api biasa sejak pukul 9 pagi Sabtu. Pada masa ini, hanya terdapat lima laluan kereta api berkelajuan tinggi masih beroperasi dengan kelajuan yang lebih perlahan disebabkan hujan lebat.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang