- Lain-lain
China Penyumbang Keamanan Asia Pasifik
China, selaku ahli Asia Pasifik, sentiasa bersama negara lain di rantau ini untuk mengamalkan multilateralisme jitu dan memelihara kedamaian dan kestabilan rantau.
Pendirian berkenaan dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan kenyataan Perdana Menteri New Zealand.
Dilaporkan, Perdana Menteri itu meluahkan rasa bimbang terhadap persekitaran strategik yang semakin teruk dan ketegangan yang meningkat di rantau Indo-Pasifik, khususnya di Laut China Selatan dan Selat Taiwan.
Untuk itu, Mao membalas dengan mengatakan kesediaan China untuk berdialog dengan pelbagai pihak termasuk New Zealand berasaskan prinsip saling hormat, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran rantau berkenaan.
“Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China. Menegakkan prinsip satu China adalah perkara paling penting dalam menjaga keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.
“Laut China Selatan secara amnya kekal stabil. Kami harap pihak berkaitan dapat menghormati usaha negara rantau untuk memelihara keamanan dan kestabilan di perairan itu,” kata Mao semasa taklimat harian pada Isnin.