- Lain-lain
Kontinjen Pengaman China Dianugerah “Pingat Keamanan” PBB
Seluruh staf Kontinjen Pengaman China yang bertugas di Republik Demokratik Congo untuk penggal ke-26 telah dianugerah “Pingat Keamanan” PBB semalam.
Upacara penganugerahan itu disempurnakan dengan kehadiran Pemangku Komander Teater Selatan Kumpulan Misi Kestabilan PBB ke Republik Demokratik Congo, Waqaar.
Dalam ucapannya, Waqaar menyatakan bahawa pegawai dan askar Kontinjen Pengaman China mengekalkan tradisi mulia yang sudi menyumbang waima menghadapi risiko terkorban sehingga memberi sumbangan besar bagi pembangunan dan keamanan Republik Demokratik Congo serta memberi manfaat kepada rakyat tempatan.
Kontinjen tersebut terdiri daripada skuad jurutera dan skuad perubatan. Sejak diberi tugasan pada September 2022, skuad jurutera telah menyelesaikan 32 projek pembinaan dan 26 projek peninjauan, manakala skuad perubatan telah menyediakan perkhidmatan kepada lebih 4,000 orang kakitangan Kumpulan Misi Kestabilan PBB di Bukavu.