- Lain-lain
Xi Zahir Simpati Insiden Pengeboman di Pakistan
Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Pakistan, Arif Alvi berhubung serangan bom bunuh diri di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
Xi berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menyebabkan kehilangan nyawa itu.
Beliau turut menyampaikan rasa simpati dan dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tersebut.
Xi menegaskan bahawa China menolak keganasan dalam semua bentuk dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengeboman itu.
Beliau berjanji, China akan terus berdiri teguh dalam menyokong segala usaha Pakistan menggerakkan pelan tindakan antikeganasan, di samping menyumbang kepada keamanan dan keselamatan di rantau ini dan dunia.
Perdana Menteri China Li Qiang juga menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya, Shahbaz Sharif.