- Lain-lain
China, Angola Bersedia Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan
Sesi Kedua Suruhanjaya Pemandu bagi Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China- Angola dirasmikan di Luanda, ibu negara Angola pada Ahad.
Sesi itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Menteri Negara bagi Penyelarasan Ekonomi Angola, Jose de Lima Massano. Kedua-dua pihak bersama-sama mengumumkan penyelesaian rundingan mengenai Perjanjian Pelaburan Dua Hala China-Angola dan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, infrastruktur, pembangunan perindustrian, dan penerokaan sumber modal insan.
Wang berkata China bersedia menyusun atur rancangan kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala bagi fasa selanjutnya, meningkatkan tahap kerjasama perdagangan dan pelaburan, memperkukuh hasil yang dilakar dalam kerjasama infrastruktur, memperkasa kerjasama dalam sektor tenaga dan perlombongan, pembuatan, pertanian dan perikanan, bersama-sama menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala dan menyuntik momentum baharu ke dalam perkembangan perkongsian strategik antara China dan Angola.
Massano pula menyifatkan China sebagai rakan kongsi Angola yang boleh dipercayai dalam bidang ekonomi dan perdagangan . Pihaknya bersedia bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.