- Lain-lain
Raja Kemboja Berkenan Terima Kunjungan Wang Yi
China bersedia memanfaatkan momentum ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik dengan Kemboja dan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi Jinping, untuk mendorong penaiktarafan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghadap Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Phnom Penh semalam.
Baginda bertitah, pihaknya teruja melihat prestasi China yang tercapai di bawah pimpinan Presiden Xi, dan menghargai sokongan dan bantuan China kepada Kemboja dari segenap aspek. Sementera itu, pihaknya akan terus melaksanakan cita-cita mendiang Raja Sihanouk dengan mempertahankan prinsip Satu China, mengembangkan persahabatan tradisional, serta mendukung pembangunan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara ke arah berkualiti tinggi dan berspesifikasi tinggi demi kesejahteraan rakyat.