- Lain-lain
CIFTIS 2023 Berlangsung di Beijing Mulai 2 September
Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 dijadual berlangsung selama lima hari di Pusat Konvensyen Negara dan Taman Shougang, Beijing mulai 2 September.
Menurut sidang media pada Ahad, tema yang diangkat untuk edisi kali ini adalah, 'Keterbukaan membimbing pembangunan, kerjasama menang-menang cipta masa hadapan'.
Difahamkan, sebanyak 27 negara dan pertubuhan antarabangsa akan menyertai pameran itu secara fizikal.
Antaranya, Georgia, Sudan, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) buat julung-julung kalinya menyertai pameran kali ini.
Sebagai negara tamu kehormat, Britain telah menghantar delegasi perdagangan perkhidmatan berskala paling besar dalam sejarah penyertaannya dalam CIFTIS.
CIFTIS edisi ini akan mengetengahkan peranannya sebagai platform antarabangsa dan terbuka, di samping memperkasakan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa.
Beberapa pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) akan menyertai pameran kali ini.