- Lain-lain
Hoh Xil, Rumah Antelop Tibet
Kawasan Perlindungan Alam Semula Jadi Hoh Xil di provinsi Qinghai, barat China adalah salah satu kawasan perlindungan semula jadi terbesar dan beraltitud tertinggi di negara Tembok Besar ini.
Ia juga merupakan rumah untuk sejenis binatang perlindungan peringkat pertama China, iaitu Antelop Tibet.
Dari Mei hingga Julai setiap tahun, Antelop Tibet betina akan berhijrah ke kawasan Tasik Zonag di pedalaman Hoh Xil untuk melahirkan anak, dan kemudian membawa anak kembali ke habitat asal.
Timbalan Ketua Pusat Perlindungan Tasik Zonag, Guo Xuehu, kerap mengadakan rondaan bersama-sama pasukannya di padang pasir yang luas itu.
"Saya tak dapat mengira berapa kali ke Tasik Zonag, tapi saya bekerja di Hoh Xil selama 18 tahun," kata Guo dengan senyuman terpancar pada wajahnya.
Bagi anggota pasukan rondaan, mereka meningkatkan rondaan semasa musim pelahiran pada tahun-tahun mutakhir ini, dan membawa sebanyak mungkin anak Antelop yang terpisah dengan ibu kembali ke pusat perlindungan.
Difahamkan, sejurus anak Antelop Tibet berhenti menyusu dan boleh makan rumput sendiri, ia akan diberi latihan pemulihan sebelum dipulangkan ke kawasan liar.
Untuk rekod, laluan migrasi Antelop Tibet di kawasan perlindungan Hoh Xil juga melintasi lebuh raya Qinghai-Tibet dan landasan kereta api Qinghai-Tibet.
Justeru, pihak pengendali landasan kereta api Qinghai-Tibet turut mengambil inisiatif dengan menyediakan laluan khas untuk Antelop Tibet bermigrasi.
Selain itu, semasa musim migrasi untuk melahirkan anak, di sekitar pusat perlindungan Wudaoliang, pemandangan kumpulan Antelop Tibet betina yang dipimpin oleh ketua antelop melintasi jalan raya Qinghai-Tibet boleh kerap dilihat.
Bagi kenderaan, masing-masing akan beratur dalam barisan panjang, tidak membunyikan hon, dan memberi laluan kepada antelop untuk melintas.
- "Pantai Garam dan Air Zamrud" di Gurun Gobi
- Foto Dron Lembah Batu Aneh di Qinghai
- Projek Taman Negara Galak Biodiversiti Gurun di Xinjiang
- Persekitaran Elok, Pekan di Tangshan Jadi Habitat Burung Botak Putih
- Pemandangan Permai Yadan pada Awal Pagi
- Ekspo Ekologi Antarabangsa China (Qinghai) ke-3 Bermula
- 154 Atlet Sertai Perlumbaan Basikal Keliling Tasik Qinghai
- Lumba Basikal Keliling Tasik "Zamrud Gobi"
- 10,027 Jenis Baharu dalam Kategori Spesies Bio China Edisi 2023
- Anjing Laut Bertompok Dilepaskan ke Laut di Dalian