- Lain-lain
Jepun Didesak Jauhkan Diri dari Amalan Militarisme
China mengemukakan bantahan kepada Jepun berhubung Perdana Menteri negaranya, Fumio Kishida memberikan bayaran pemujaan ke Yasukuni Jinja yang dilihat boleh membawa impak negatif, dan mendesak Jepun menjauhkan diri dari amalan militarisme dengan tindakan yang boleh dipercayai.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media semalam.
Menurut beliau, Jepun memeterai Deklarasi Potsdam dan mengisytiharkan serah diri tanpa syarat pada 15 Ogos tahun 1945. Rakyat China bersama dengan rakyat pelbagai negara lain berjaya mengalahkan tentera penceroboh Jepun dan pasukan fasis. Kemenangan mulia ini yang menyimbolkan kejahatan dikalahkan keadilan, kegelapan ditewaskan kecemerlangan, dan kuasa reaksioner ditumbangkan kuasa pemaju adalah terpahat dalam sejarah bangsa China dan manusia.
"Tempat memuja roh penjenayah kelas A dalam Perang Dunia II tersedia dalam Yasukuni Jinja yang pernah diperalatkan oleh militaris Jepun sebagai motivasi untuk melancarkan perang pencerobohan. Kecenderungan pemimpin Jepun yang membawa impak negatif itu sekali lagi memperlihatkan negara Matahari Terbit mengambil sikap salah terhadap masalah sejarah," kata Wang.
Beliau menegaskan, bersungguh-sungguh mengambil sikap yang betul terhadap sejarah pencerobohannya adalah prasyarat yang tidak boleh dilepaskan bagi Jepun dalam memulihkan dan mengembangkan hubungan normal dengan negara jiran pasca perang. China mendesak Jepun mengambil ikhtibar, komited menempuhi jalan pembangunan secara damai, menjauhkan diri dari amalan militarisme, dan menjaga asas moral sebelum kehilangan kebolehpercayaan dalam masyarakat antarabangsa khususnya di pentas Asia.