- Lain-lain
Minggu Kesenian Kunming Jadi Wadah Pertukaran Seni China dengan Asia Selatan dan Asia Tenggara
Kunming, ibu kota provinsi Yunnan China, menjadi saksi kepada pembukaan Minggu Kesenian China-Asia Selatan dan Asia Tenggara yang ke-11 pada 15 Ogos.
Difahamkan, ia turut merupakan sebahagian daripada aktiviti penting Ekspo China-Asia Selatan ke-7 yang juga Pameran Komoditi Import dan Eksport Kunming ke-27.
Sepanjang berlangsungnya minggu kesenian tersebut, beberapa aktiviti pertukaran kesenian akan turut diadakan, sekali gus mempamerkan hasil pertukaran kesenian antara provinsi Yunnan dengan beberapa negara Asia Selatan dan Asia Tenggara.
Selain itu, ia turut berperanan sebagai wadah pertukaran kebudayaan dan kesenian, meningkatkan persefahaman antara rakyat, dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara China, khususnya provinsi Yunnan, dengan negara-negara luar.
Untuk edisi kali ini, minggu kesenian yang dijadual berlangsung selama enam hari itu mengangkat tema “Bersama membina Jalur dan Laluan, berhimpun di Yunnan yang mempesona”.