• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pasaran Bunga Terkemuka Asia Mekar dengan Rancak

    Orang ramai melawat Pasar Bunga Kunming Dounan pada waktu malam, di provinsi Yunnan, barat daya China, 12 Julai 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Orang ramai melawat Pasar Bunga Kunming Dounan pada waktu malam, di provinsi Yunnan, barat daya China, 12 Julai 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Meskipun banyak bandar di China ketika ini sedang mengharungi kemuncak musim panas, namun suasana musim bunga masih dapat dialami di Pasar Bunga Dounan yang terletak di bandar Kunming, provinsi Yunnan.

    Di sini juga tersajinya pemandangan penuh menyegarkan yang terhasil daripada susunan pelbagai jenis bunga seperti teratai, mawar dan matahari, yang kemudiannya akan mengembara ke sekitar negara untuk menghiasi pusat membeli-belah, dewan persidangan, dewan perkahwinan dan di sudut-sudut rumah.

    Menyingkap sekitar tiga dekad yang lalu, Pasar Bunga Dounan hanyalah sebuah jalan dengan gerai tepi jalan yang menjual bunga.

    Hari ini, ia berstatus sebagai pasar perdagangan bunga segar terbesar di Asia. Keindahan bunga-bunga tersebut telah melewati lebih daripada 40 negara dan wilayah, dengan nilai eksport mencecah RMB520 juta (RM330 juta) pada 2021, paling tinggi di seluruh China.

    Pada tahun sama, kawasan penanaman bunga segar di provinsi barat daya China itu direkodkan seluas 21,700 hektar.

    Shi Jinlong, yang merupakan salah seorang penjual dari Shaanxi, menyifatkan pasar bunga segar tersebut sebagai tempat yang terbuka kepada semua individu, di mana mereka boleh mendapatkan bunga-bunga kegemaran pada harga yang rendah.

    Kebiasaannya, hiruk pikuk Pasar Dounan boleh mula dirasai seawal pukul 5 pagi setiap hari. Beliau akan memulakan harinya dengan melihat susunan bunga yang dibawa oleh pemborong dan seterusnya meletakkan tanda harga pada bunga.

    Sesi jual beli pukal antara peruncit dengan pemborong biasanya akan tamat pada pukul 9 pagi. Ketika itu, Shi serta peruncit-peruncit lain akan menyusun bunga mereka di gerai masing-masing sambil menunggu pembeli.

    Bagi kedai Shi, sebahagian daripada bunganya diperoleh daripada pemborong yang terdahulu, manakala selebihnya pula adalah tanaman tempatan.

    “Sekiranya perniagaan berjalan baik, anggaran sebanyak 600 jambak bunga boleh dijual dalam sehari," kata Shi.

    Beliau juga berkata bahawa beliau turut membawa masuk saudara-maranya ke dalam industri bunga.

    "Kakak saya menjual bunga di pasar pada waktu siang, adik saya menjual bunga melalui penstriman langsung di platform media sosial seperti Douyin (TikTok) pada waktu malam. Beberapa bulan yang lalu, abang sulung saya pergi ke Xinjiang untuk membuka kedai bunga.

    “Dia mengimport semua bunganya dari Dounan. Kami masing-masing menjalankan perniagaan sendiri, dan saling memberikan bantuan ketika diperlukan," kata Shi.

    Pekerja memindahkan troli bunga di Pusat Dagangan Lelong Flora Antarabangsa Kunming (KIFA) di Dounan, provinsi Yunnan, barat daya China, 31 Januari 2023. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Pekerja memindahkan troli bunga di Pusat Dagangan Lelong Flora Antarabangsa Kunming (KIFA) di Dounan, provinsi Yunnan, barat daya China, 31 Januari 2023. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Selain pasar bunga Dounan, orang ramai mempunyai pilihan untuk membeli bunga di Pusat Dagangan Lelong Flora Antarabangsa Kunming (KIFA), yang terkenal sebagai salah satu hab lelongan serta perdagangan bunga tertua dan terbesar di China.

    Mulai pukul 10 pagi, seluruh KIFA akan merasai gema daripada lalu lalang roda treler yang membawa berikat-ikat bunga yang tersusun rapi. Bunga-bunga yang baru dipetik seawal fajar dibawa dengan pantas ke gudang pusat perdagangan untuk diedarkan segera.

    Seorang peruncit, Zhang Lan telah menjadi pelanggan kanan KIFA selama lebih daripada satu dekad. Menurutnya, mereka yang menyertai lelongan bunga disifatkan sebagai mempunyai penglihatan yang tajam dan reaksi pantas.

    "Setiap saat yang berlalu, harga transaksi pasti akan berubah," ujarnya.

    Untuk rekod, di bahagian dewan perdagangan, terdapat 12 loceng dan skrin besar yang memaparkan butiran penting seperti nama bunga, gred, kematangan, kecacatan dan sumber bekalan semasa lelongan.

    Pada cuti Festival Musim Bunga tahun ini, sejumlah 11.6 juta bunga telah dijual di sini. Zhu Qi, yang bertanggungjawab merancang di KIFA menyatakan bahawa purata jumlah harian transaksi bunga mencecah lima juta pada tahun lalu.

    “Sebelum bunga dilelong, KIFA telah menyelesaikan proses pemangkasan, pembungkusan, pemeriksaan kualiti, dan pendaftaran maklumat,” kata beliau.

    Tambah Zhu, kebiasaan masa yang diambil untuk bunga yang baru dipetik diletakkan di atas rak masa adalah kurang daripada 12 jam.

    Syarikat pembungkusan dan logistik mempunyai cawangan di Dounan dan mereka boleh memastikan penghantaran yang cepat,” kata Zhang Lan yang sedang menunggu bunganya dihantar.

    Tatkala pusat lelongan ‘berehat’ pada pukul 8 malam, pasar malam borong di Pasar Bunga Dounan pula mula hidup.

    Usahawan e-dagang akan berpusu-pusu ke lokasi yang sedia sibuk ini, memanfaatkan kelebihan internet untuk menarik pelanggan melalui media sosial dan platform dalam talian seperti WeChat dan Taobao.

    Shi Jinlong dan isterinya pernah mencuba penstriman langsung di Douyin pada April dan Mei tahun lalu. Kedua-duanya sangat gembira melihat saluran mereka mendapat populariti meskipun menyifatkan ia sebagai meletihkan.

    “Kami juga terpaksa berkemas sehingga pukul 2 pagi,” katanya sebelum menambah bahawa mereka berputus asa selepas setengah bulan.

    Orang ramai melawat Pasar Bunga Kunming Dounan pada waktu malam, di provinsi Yunnan, barat daya China, 12 Julai 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Orang ramai melawat Pasar Bunga Kunming Dounan pada waktu malam, di provinsi Yunnan, barat daya China, 12 Julai 2022. (Xinhua/Chen Xinbo)

    Namun begitu, suasana sibuk adalah perkara yang baik bagi ramai penjual bunga.

    Sejak kebelakangan ini, Zhang Lan agak sibuk dengan tempahan untuk Festival Qixi yang akan datang, atau Hari Valentine Cina, yang jatuh pada 22 Ogos tahun ini.

    "Saya menerima tempahan pada waktu pagi, pergi ke lelongan pada sebelah petang, dan menguruskan penghantaran pada waktu malam, bahkan pada waktu awal pagi," katanya.

    Beliau berkata, meskipun jadual padat tersebut dijangka berterusan selama lebih seminggu, namun beliau berharap bahawa keadaan sedemikian akan berterusan untuk lebih lama.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>