• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Trend Jalan di Bandar Tonjol Gaya Hidup Perlahan, Karbon Rendah

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 Ogos 2023

    Foto yang diambil pada 21 Jun 2023 ini memaparkan Menara Dram dari sudut Taman Jingshan di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

    Foto yang diambil pada 21 Jun 2023 ini memaparkan Menara Dram dari sudut Taman Jingshan di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Li Xin)

    Berjalan santai di sepanjang Paksi Tengah Beijing, laluan yang menghubungkan Menara Dram, jalan Nanluoguxiang yang sibuk, Taman Jingshan dan Kota Larangan yang megah – demikianlah ‘kembara’ bandar yang ditelusuri Zhao Xianghan buat pertama kali pada musim bunga 2022.

    Sejak itu, mahasiswa berusia 21 tahun dari Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) ini menjadi peminat aktiviti berjalan-jalan di bandar, dan dia percaya bahawa ia adalah cara terbaik untuk ‘mengenali semula sesebuah bandar’.

    Mengenang kembali pengalaman pertamanya melawat ke Beijing, Zhao berkata lawatan itu dilakukan sebelum dia memasuki alam kampus, manakala pakej yang diambil pula adalah pelancongan biasa iaitu mengunjungi tempat-tempat indah sambil mengambil gambar.

    “Tempat tarikan pelancong yang sesak memberi saya gambaran bahawa Beijing adalah tempat yang bising."

    "Namun, kini berjalan-jalan di bandar membolehkan saya melihat sisi Beijing yang berbeza, yang penuh dengan ketenangan," tambah pemuda itu.

    Dengan pilihan pelancongan yang semakin bertambah, lawatan konvensional secara berkumpulan tidak lagi menjadi pilihan individu yang menginginkan pengalaman perjalanan yang lebih diperibadikan dan berbeza.

    Bagi golongan itu, mereka mahu mendalami setiap bahagian bandar dan membuat perkongsian dengan cara seperti menulis blog di platform media sosial WeChat, yang membolehkan penulisan mereka dibaca lebih 100,000 kali.

    Menurut artikel terkini People’s Daily, berjalan-jalan di bandar menawarkan pengalaman percuma, santai serta spontan, dan ia berbeza dengan rancangan perjalanan yang berjadual ketat dan lawatan mengambil gambar.

    Budaya berjalan di bandar yang menjadi trend untuk merasai kehidupan bandar tanpa sebarang pengangkutan telah menjadi hangat di pelbagai platform media sosial.

    Dalam aplikasi perkongsian video Douyin iaitu TikTok versi China, video terbaru tentang laluan berjalan di bandar di Guangzhou telah mendapat lebih 171,000 sukaan, dengan 72,000 penonton meletakkan video itu dalam senarai kegemaran mereka.

    Menurut laporan platform perkongsian gaya hidup China Xiaohongshu, pada separuh pertama 2023, carian tentang berjalan di bandar meningkat 30 kali ganda daripada tahun sebelumnya.

    Netizen juga berkongsi pengalaman mereka berjalan-jalan di bandar di Sina Weibo (aplikasi seakan-akan Twitter). Dalam satu perkongsian, individu tersebut menceritakan tentang laluan berjalan bandar klasik dari Jalan Wukang ke Taman Fuxing di Shanghai.

    "Laluan itu menawarkan gambaran sekilas ke dalam budaya dan landskap Shanghai dalam peringkat sejarah yang berbeza serta pemandangan semula jadi yang indah," tulisnya.

    Zhao juga telah menerokai bandar-bandar lain seperti Wuhan dan Hangzhou dengan mengaplikasikan gaya sama di Beijing iaitu berjalan-jalan di bandar.

    "Berjalan-jalan di bandar adalah peluang untuk melakukan apa sahaja yang anda mahukan dalam penerokaan bandar, dan sebenarnya ia sejenis gaya hidup perlahan dan karbon rendah yang saya rasa sesuai dengan diri saya," kata Zhao.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>