- Lain-lain
Penggunaan Modal Asing di China Catat RMB766.71 Bilion
Jumlah penggunaan modal asing di China mencatat RMB766.71 bilion (RM488.09 bilion) pada Januari hingga Julai tahun ini, menurun empat peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, menurut statistik terkini oleh Kementerian Perdagangan China.
Pada masa sama, sejumlah 28,406 syarikat pelaburan modal asing ditubuhkan, dan angka ini meningkat 34 peratus.
Dilihat dari sektor, penggunaan modal asing dalam industri pembuatan berjumlah RMB196.85 bilion (RM125.31 bilion), naik 0.1 peratus, manakala industri teknologi canggih meningkat 3.8 peratus. Industri pembuatan berteknologi tinggi mencatatkan peningkatan sebanyak 25.3 peratus.
Ditinjau dari sumber modal pula, pelaburan dari Perancis menokok 213.7 peratus, Britain 159.9 peratus, Kanada 113.3 peratus, dan Switzerland 61.2 peratus.